aku resah,
bila peperiksaan penghujung tahun ku punah.
aku resah,
diriku gundah.
ah!
manusia apakah,
periksa kecil saja sudah gelisah,
mengapa hidup yang hadiah,
tidak mahu titelaah.
mana bibit-bibit resah?
hilangkah sudah?
ah!
insan lemah
sikit saja susah
sudah goyah?
ah!
aku mahu berubah
tapi bilakah?bagaimanakah?
tuhan..tolonglah....
kolam hati
1 day ago

"aku resah,bila peperiksaan penghujung tahun ku punah."
ReplyDeleteada hikmah di sebalik setiap yang berlaku...jika ini dianggap sebagai kesalahan diri, belajarlah dari kesalahan tersebut....
"aku mahu berubah tapi bilakah?bagaimanakah?"
berubah la sekarang, kerana belum tentu masih ada hari esok untuk kamu dan mulalah dengan perkara yang paling asas kerana asas yang kukuh menjanjikan hasil yang baik