Tuesday, October 21, 2008

pengkritik muslim dan yang muslim yang dikritik

pengkritik,
ada yang hanya lebih mahu menjatuhkan air muka,
dan menceritakan keburukan orang lain,
di hadapan khayalak ramai..
dari membawa kepada kebenaran,
dengan kata-kata yang berbaur fitnah,
dan tidak melambangkan,
keikhlasan dalam kritikan,
pengkritik menonjolkan keangkuhan diri,
kerana bisa mengkritik..


yang dikritik pula,
ada yang sukar mengambil apa yang baik dari kritikan,
walau busuk mana pun kritikan tersebut,
pasti ada kebaikan,
jika tiada kebaikan,
pasti ada peringatan,
jika tiada peringatan,
pasti ada panduan..
yang dikritik,
kadangkala menjadi seperti pengkritik,
angkuh menerima kritikan,
seperti mana pengkritik angkuh dalam memberi kritikan..

pengkritik dan yang dikritik,
hapuskanlah keangkuhan,
amar ma'ruf nahi munkar itu,
perlukan keikhlasan,
yang dihiasi dengan kerendahan hati 
dalam memberi dan menerima kritikan,
hakikatnya utnuk membawa kepada keimanan,
mengajak kepada kemaslahatan,
bukan mencetus permusuhan..

pengkritik dan yang dikritik,
"sesungguhnya,
seorang muslim itu,
ialah apabila saudara muslimnya yang lain,
terpelihara dari lidah dan tangannya..."


1 comments:

. p i s e y . said...

insyaallah^^

Post a Comment